My Photo
marul
Above all I am not concerned with Poetry. My subject is War, and the pity of War. The Poetry is in the pity.
View my complete profile

Armada Music

Loading...

Tuesday, March 31, 2009

Sehari Di Kem Kerajaan

Arini Pagi2 Aku Dah Bangun,GF aku Kejut Suh Siap Hantar Dia balik Kuantan,
Aku Memula Tanak Bangun,Tapi Last2 Tewas Gak La Kan Sebab....Sebab Umah Aku Takde Api,When I Say Api It Means Electrical Supply.
Jadi Aku Pun Bangun La Jugak Sebab Takde Kipas,Panas....Mandi Pastu Siap,GF aku Awal2 Dah Siap...
Aku Call Member Aku Akmal...Sebab Malam Sebelumnya Aku Dah Janji Ngan Dia,Dia Nak Ikut...On The Way Nak Antar GF aku Balik Kuantan Dia Plak Ubah Pikiran,Nak Ikut Gi Putrajaya Plak...Ok La Tu Aku Bawak La...Tak Bawak Kang Kecik Ati Plak...Pastu Nanti Dia Ungkit....Terus La Gi USJ,Ambik Akmal...Pegi Naik Keter Dia,Keter Aku Parking Kat Umah Dia,Malas Ah Bawak Keter Power Pegi Putrajaya Kan,Nanti Orang Semua Sibuk Nak Usik...Calar Plak Keter Aku Nanti..Hahahahaa....

Sekali Wrong Timing aaa...Sampai2 Je Time Rehat Waktu Pejabat....Dengan Selambanya Aku Bertiga Join Kakak2 Dan Abang2 Serta Makcik2 Kerajaan Makan Tengahari Kat Situ,Kod Pakaian Aku Bertiga Memang Hancur La Kan....Silap Aribulan Memang Takleh Masuk...Tapi Pedulik Hape Pulak La Kitorang,Perut Dah Lapa...Masuk Je La,Pergh...aku Nengok Kat Kantin Tu Punya La Ramai Umat,Aku Ngan Akmal Cakap,Sape La Yang Dapat Tender Bukak Kantin Kat Sini Memang Masyuk..

Pas Makan kitorang bertiga Chau Pegi Kat Pejabat Kementerian Tu Balik...Ingatkan Dah Setel,Sat Lagi Diorang Suruh Aku Pegi Beli Wang Pos Plak Kat Alamanda,Mak Aih...Sebelum Aku Ada Sorang Mamat Cina Ni Pun Kena Jugak....So Kitorang Bertiga Pun Jalan La Kaki Merentas Bukit Bukau Serta Lautan (Padang Rumput Je Tapi Disebabkan Matahari Tengah Tegak Atas Kepala So Aku Rasa Situasi Dia Agak Macam Tu La) Sampai La Kat Alamanda,Gila Babi Aku Sampai Kat Pejabat POS,Ambik Nombo Giliran,Ada Lagi 50 Orang Tengah Que,Bapak Dia!
Ntah Cemana Ada Awek Kat Belakang Aku Ni Sedar Agaknya Yang Aku Tengah Nak Cucuh Sumbu C4 Kat Pejabat POS tu Pun Bagi La Nombo Giliran Dia Yang Awal 30 Orang Dari Nombo Yang Aku Dapat Tadi,Pas Dah Setel Kitorang Pun Chau La Pegi Ke Titik Point Asal,

Sekali Tu Jawapan Yang Aku Terima Ialah Permohonan Aku Untuk Mendapatkan Kembali Sijil PMR Dan SPM aku Yang Hilang Tu Akan Mengambil Masa Tempoh Sebulan Dari Tarikh Aku Buat Permohonan,Ape Lagi,Bermulalah Episod Sumpah Seranah Ke Atas Badan Kerajaan Dari Kitorang Rakyat Jelata Yang Terasa Di Aniaya Ni.
Sampai Balik La Akmal Tak Habis Kondem Kerajaan...Dia Lak Yang Tak Puas Hati...Tapi Aku Rasa Ape Yang Dia Cakap Tu Betul La Kan...Ape Yang Susahnye Nak Issue Sijil yang Memang Dah Ada Dalam Data Tu?Ape Yang Susahnye Sampai Nak Ambik Masa Sampai Sebulan?

Kengkadang Aku Teringin Nak Keje Ngan Kerajaan,Keje Lepaaaaaak Je.Buat Loan Senang,Keje Tak Stress,Elaun Banyak.Cukup Time Je Balik.Cuti Plak Belambak..

Aku Kengkadang Tak Paham Macam Tu Je....

Tuesday, March 10, 2009

One More Time

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag some friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!



IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
- Unafraid - Paul Oakenfoald Swordfish Soundtrack
(Kira Macam Gua Ni Berani La..Hohoho)

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
- Grapevine Fires - Deathcab For A Cutie
(Susah Tu Nak Describe..Gua Pun Camtu Gak La Konon2)

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
- Maps - Yeah Yeah Yeahs
(Haa...Nampak..Aku Suka Awek Yang Ada Peta,Senang La Tak Sesat)

HOW DO YOU FEEL TODAY?
- Digital Love - Daft Punk
(Takde La Love Tapi 80% Hari Aku Arini Banyak Dihabiskan Dalam Dunia Digital)

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
- Brazil Street - Nicola Pasano & Pat Rich
(Nak Pegi Brazil Streets Kot..Tapi Lagu Ni Seksi Beb..Deep House Style)

WHAT'S YOUR MOTTO
- Four Kicks - Kings Of Leon
(sepak empat kali)

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
- Energy 52 - Cafe Del Mar (Deadmau5 Vox)
(aku bertenaga?tido kuat tu ye betul)

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
- Sex,Lies & Audiotape - Deadmau5 Vox
(ahahahahahaha!!)

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
- Fire And Ice - Tiesto
(Sorry aaa...gua bukan kaki batu)

WHAT IS 2 + 2?
- If You Wanna be Happy For The Rest Of Your Life - The Skatalites
(haaa....cemane tu?)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
- Praise You - Fatboy Slim
(He's No More And I Miss Him,Al-Fatihah To Allahyarham Mohd Najib)

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
- World On Fire - The Prodigy
(Hot And Chaos,That's What It Is)

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
- Use Somebody - Kings Of Leon
(Yeah...Memang Dah Ditakdirkan Aku Jadi Hustler)

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
- Sex On Fire - Kings Of Leon
(If That Person Is A Hot Woman Then This Will Be The Fucking Right Answer)

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
- Malcolm X - The Skatalites
(ahahahahh...cool answers)

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
- Frank Sinatra - Cake
(Waa...Mendalam)

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST
- Have A Good Time - The Skatalites
(Damn Right)

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
- Lost - Coldplay
(betul...aku takut sesat)

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
- Funk Soul Brother - Fatboy Slim
(Ape Ni?Jawapan Ke Ape Ni?)

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
- You Never Said - Cerf,Mistika & Jaren
(Selagi tak Cakap Aku Tak Buat)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
- Afternoon Delight - The Starland Vocal Band
(All Of My Friends Are Cool,I Don't Make Friends With Fuckers)

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
- One More Time - Daft Punk
(Macam Nak Kena Buat Lagi Sekali Je Bunyi Dia)

Saturday, February 14, 2009

New Old Tracks

lately aku malas nak tulis blog..
ntah...bukannya penting pun blog ni aku rasa.
bayangkan aku ada website sendiri yang aku tak update update
(www.marulwirelounge.com)
aku takde idea..
aku bukan penulis macam mereka2 semua,aku wannabe.
orang lain ade,aku pun nak jugak ade,tapi bila bukak takde ape ape..kosong.
boring...makan nasik lagi best.

Tuesday, February 10, 2009

Melayu Bangsa Besar

Aku Ambil Dari Blog Hishamudin Rais..Bukan Berniat Untuk Mencuri Hak Cipta Penulisan Tapi Hanya Untuk Menyebarkan.


‘MELAYU sebenarnya bangsa yang besar.’

Mungkin suatu masa nanti kata-kata itu akan menjadi dendangan yang cukup muluk untuk menghiburkan hati anak cucu. Ia menjadi seperti tarian lelaki-lelaki Gypsy di Eropah yang menggambarkan keperwiraan nenek moyang mereka tatkala masih di benua kecil India. Ia diiring melodi yang penuh bersemangat; cukup untuk menyebabkan Gypsy-Gypsy yang menontonnya terlupa bahawa mereka adalah bangsa yang tidak lagi mempunyai negeri!

‘Melayu sebenarnya bangsa yang besar!’

Para pemimpin kita, datuk nenek kita, bijak pandai kita tidak pernah jemu-jemu mengulang frasa itu. Asal ada konvensyen, ada seminar, ada tempat untuk berucap, ada kertas untuk ditulis, ada ruang untuk bercakap dan ada orang bersedia mendengar, mereka akan mengulangi, atau setidak-tidaknya
menyelitkan sejarah kegemilangan lampau bangsa Melayu.

Tujuannya amat jelas. Mereka bermaksud untuk membangkitkan semangat bangsa mereka. Mereka mahu kita sama-sama sedar bahawa Melayu bukannya bangsa kecil yang boleh diperlekehkan. Melayu pernah gemilang. Melayu pernah hebat. Melayu pernah menjadi kuasa yang disegani dan digeruni.

Dasar pandang belakang ini dalam banyak keadaan memang membawa kebaikan. Setakat sekarang ia berjaya menghidupkan jiwa orang Melayu. Mampu mencetuskan semangat untuk ikut bersaing. Mampu membangkitkan impian kita untuk kembali menjadi besar seperti dahulu.

Tetapi kekerapan melihat ke belakang juga kalau tersilap diamalkan boleh mendepankan orang Melayu dengan masalah lain. Mereka mungkin lupa pada apa yang ada di depan. Mereka mungkin lupa untuk mengimbangkan antara kegemilangan silam dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal mendatang.

Di sinilah dilemanya sekarang. Dalam ghairah mengejar kegemilangan, yang pernah dimiliki tetapi kemudian hilang itu, Melayu sering lupa tempat berpijak dan berdiri. Dengan perkataan lain, Melayu mudah lupa diri.

Kenapa ini terjadi?

Jawapannya mungkin berbagai, tetapi satu di antara yang penting ialah, Melayu sebenarnya tidak kenal diri dan bila seseorang itu tidak kenal dirinya jangan hairanlah jika ia mudah kehilangan hala dan arah.

Cubalah buat kajian rambang, berapa kerat Melayu yang tahu asal keturunannya?

Tidak ramai. Kebanyakan Melayu cuma tahu salasilah keluarganya sehingga ke peringkat moyangnya sahaja. Jarang yang tahu lebih daripada itu. Malah bagi anak-anak Melayu generasi siber ini, ada yang sudah tidak tahu nama datuk atau neneknya sendiri.

Lakukanlah kajian yang sama ke atas mereka yang bukan Melayu. Kebanyakan keluarga Cina mempunyai rekod susur galur salasilah yang teratur. Jika mereka tidak menyimpannya secara peribadi, persatuan-persatuan yang mewakili nasab mereka akan melakukannya.

Seorang budak lelaki Cina barangkali boleh bercerita dengan baik bagaimana moyangnya dahulu meninggalkan Swatow dengan kapal yang sarat dengan ribuan penumpang bersama keping keping siling di saku. Tetapi jangan terkejut jika banyak budakbudak Melayu yang tidak tahu bagaimana bapanya mula merantau ke Kuala Lumpur sepuluh atau lima belas tahun lalu.

Apakah kesimpulan kasar yang boleh dibuat daripada kenyataan-kenyataan di atas?
Mudah. Ia mencerminkan sikap Melayu yang kurang cenderung melihat ke dalam dirinya.

Tidak mengambil berat tentang susur galur keluarga adalah gambaran terhadap tidak wujudnya perasaan menghargai keluarga sendiri. Dan orang yang tidak menghargai keluarga sendiri jarang sekali boleh diharap untuk menghargai bangsanya kerana bangsa sesungguhnya bermula daripada keluarga!

Semua orang tahu majoriti penduduk asal yang berketurunan Inggeris di Australia adalah penjenayah penjenayah yang dibuang negeri. Tidak lama selepas bermulanya penguasaan Inggeris ke atas pulau besar itu pada tahun 1778, Australia menjadi tempat humbanan segala jenis penjahat. Jika orang-orang Australia melihat salasilah keturunan mereka sehingga ke tarikh itu, sudah tentu mereka patut menutup muka setiap kali muncul di depan khalayak. Malah mereka mungkin berhak meludah kubur nenek moyang masing-masing.

Tetapi mereka tidak pula berbuat begitu. Sebaliknya orang Australia terbilang sebagai jenis manusia yang cukup berbangga dengan keturunannya. Untuk mengelak daripada dikaitkan dengan penjenayah-penjenayah buangan pada abad ke-18, mereka bersusah payah mencari susur galur keturunan mereka hingga ke akar umbinya. Mereka berusaha seberapa yang boleh untuk menghubungkan diri mereka dengan England, dan sekaligus menumpang kemegahan dan kedaulatan British. Mereka akan mencari jalan untuk mengaku keturunan Shakespeare walaupun hakikatnya mereka mungkin cucu cicit Kapten Kidd The Pirate.

Kesan langsung daripada sikap berbangga dengan keturunannya itu menyebabkan orang Australia memiliki keyakinan diri yang agak luar biasa sehingga mendorong mereka berani bertindak sebagai ‘timbalan polis dunia’ dalam banyak hal yang membabitkan hubungan politik antarabangsa di sekitar Asia Pasifik. Hakikatnya bukan mereka tidak sedar yang mereka tidak layak. Tetapi jiwa besar mereka menyebabkan penjajah tanah Aborigines itu mengenepikan realiti tersebut.

Jepun juga merupakan satu lagi bangsa yang tebal dengan nilai kebangsaannya. Dan nilai itu juga disemai melalui semangat menghargai keluarga sendiri. Dengan kepercayaan bahawa mereka adalah dan keturunan Maharaja Jimmu, yang berasal dan anak dewa matahari, orang Jepun tidak pernah mahu bertuankan sesiapa sahaja selain daripada matahari. Hasil daripada pemilikan keyakinan diri yang kuat, bangsa yang kecil dan pendek itu, akhirnya bangkit menjadi kuasa besar di dunia walaupun realitinya daripada segi kurniaan alam, Jepun memiliki sumber semula jadi yang sangat terhad dan hanya 20 peratus daripada muka buminya sesuai untuk kerja-kerja pertanian.

Jangan pula kita lupa pada golongan Baba Peranakan di Melaka. Selepas beberapa generasi berada di bumi Melayu ini mereka masih kekal dengan identiti asal. Walaupun banyak menyerapkan budaya Melayu dalam kehidupan harian, namun golongan tersebut tidak menyingkirkan terus keperibadian warisan mereka. Mereka terus kelihatan Cina dalam terlalu banyak perkara.

Orang-orang China yang menguasai China Town di beberapa kota besar dunia juga terkenal dengan keupayaan mengekalkan identiti mereka. Kelompok Cina di London, New York dan Los Angeles misalnya, tidak pernah mengalah pada tekanan-tekanan budaya yang mereka hadapi setiap saat. Pengaruh budaya barat yang begitu kuat jelas tidak mampu menembusi ketaksuban mereka pada budaya sendiri. Hasilnya, jika anda melangkah masuk ke premis mereka, anda akan mendapati suasananya tidak banyak berbeza dengan apa yang ada dalam premis-premis kediaman di Beijing, Hefei atau Zhengzhou. Mereka masih bertutur dalam bahasa Cina, malah sesetengah generasi tuanya tidak boleh berbahasa Inggeris. Mereka juga masih menggunakan alat-alat dekorasi Cina dan mengamalkan adat resam nenek moyang yang dibawa bersama beratus tahun dahulu.

Satu faktor yang memungkinkan kenapa orang Melayu tidak begitu berminat untuk menjenguk ke akar umbi keluarga dan keturunannya ialah soal assabiyah. Sebagai penganut Islam yang taat, orang Melayu mungkin beranggapan, membanggakan keturunan adalah satu unsur assabiyah - unsur yang ditolak oleh Islam kerana nilai puak dan kesukuannya.

Tetapi Melayu yang bijak sepatutnya melihat assabiyah dalam konteks yang lebih luas, bukannya asabiyah-jahiliyah. Kita tidak menganjurkan mereka menjadi pengamal jingo nasiolisme yang serba sempit. Menyayangi dan menghargai keluarga serta keturunan sendiri tidak harus disamakan dengan orang lain yang lebih berhak.

Kerana tidak menghargai keluarga dan keturunan, Melayu juga akhirnya tidak mempedulikan sangat asal bangsanya. Mereka seringkali tidak pernah mahu tahu dari mana orang Melayu bermula. Sehingga sekarang amat sedikit sarjana Melayu yang mahu mengembara mencari titik mula bangsanya. Kebanyakan mereka lebih sibuk dengan agenda politik semasa. Menyiapkan kertas kerja bagi sebuah projek perdana sentiasa dianggap lebih baik daripada menyempurnakan kajian tentang salasilah bangsa sendiri.

Sampai sekarang, apabila bercakap tentang asal usul orang Melayu masih kabur dan keliru. Ada yang percaya bangsa sawo matang ini asalnya dari Yunnan dan tidak kurang yang percaya ia bermula dari pulau-pulau di Tenggara Asia. Yang mengaitkan Melayu dengan keturunan Iskandar Zulkarnain di Mecadonia pun ada. Dalam pada itu ada pendapat lain menyatakan manusia Melayu sebenarnya bermula di sini, di bumi ini, bukannya di tempat-tempat lain. Pendeknya, tidak ada satu pun yang jelas.

Kurangnya kepekaan terhadap faktor salasilah ini menyebabkan tidak ramai orang Melayu sedar bahawa mereka mempunyai sejarah yang cukup gemilang. Lingkungan pulau-pulau yang dikuasai oleh mereka - apa yang dinamakan Malay Archipelago - adalah kelompok pulau yang paling luas di dunia, dengan panjangnya melebihi 6,100 km. dari Lautan Hindi ke barat daya Lautan Pasifik.

Ada beberapa pendapat menyebut, orang Melayu telah muncul sejak lebih 5,000 tahun dahulu. Pendapat itu dikuatkan dengan kisah seorang anak raja Byzantium, sebuah wilayah terkenal dalam pemerintahan kerajaan Greek Purba yang kononnya telah pernah singgah di Kedah ketika dalam pelayarannya ke negeri China. Di Kedah, anak raja itu dikatakan telah melihat apa yang ditafsirkan oleh sesetengah ahli sejarah sebagai tamadun yang cukup tinggi.

Mengambilkira bahawa Byzantium hanya wujud pada kurun ke-7 Sebelum Masehi, pendapat di atas mungkin boleh dipersoalkan. Ia mungkin bersifat epik dan mitos semata-mata.

Tetapi masih ada bukti lain yang boleh dipakai untuk menunjukkan bahawa usia bangsa Melayu mungkin telah mencecah 5,000 tahun. Bukti itu tersembunyi di sebalik sejarah perkembangan Bahasa Melayu sendiri.

Bahasa Melayu yang termasuk dalam kelompok bahasa bahasa Austronesia adalah sebahagian daripada antara 600 hingga 1,000 bahasa yang terdapat dalam kumpulan yang sama. Semua bahasa ini, daripada yang dituturkan oleh penduduk Kepulauan Solomon, Vanuatu, Kiribati, Tonga, Samoa dan pelbagai pulau lain hinggalah ke bahasa yang digunakan sehari-harian oleh kita di Malaysia dan di Indonesia, adalah berasal dan satu bahasa atau dialek yang sama, yang dinamakan Proto-Austronesian. Dan Proto-Austronesian dipercayai telah digunakan lebih 5,000 tahun dahulu! Ertinya nenek moyang orang Melayu memang telah wujud semenjak 3,000 tahun Sebelum Masehi.

Sehingga sekarang bahasa Melayu masih merupakan salah satu bahasa utama di dunia. Ia dituturkan oleh lebih 150 juta manusia, khususnya di Indonesia dan di Malaysia. Dan kalau betul ‘bahasa menunjukkan bangsa’ ianya bermakna bangsa Melayu sebenarnya merupakan bangsa yang besar.

Tetapi bolehkah kenyataan itu digunapakai? Sukar untuk dijawab.

Wallace dalam ‘Malay Archipelago’ mengkelaskan Melayu pada tiga kategori iaitu orang Benua, orang Laut dan orang Melayu (jati). Orang Benua, yang dianggapnya tidak bertamadun, dikatakan menguasai kawasan di sekitar Sumatera dan daerah-daerah pendalaman bertanah tinggi di Melaka. Orang Laut pula, menurut Wallace, hidup dalam keadaan separa-bertamadun dan mereka mendiami kawasan pantai. Antara ketiga-tiganya, Orang Melayu merupakan yang paling terkehadapan daripada segi tamadun dan mereka ini termasuklah orang Jawa dan orang Melayu jati.

Bagi orang yang mudah terpesona dengan angka, mereka mungkin boleh menepuk dada jika dikatakan bahawa jumlah orang Melayu di seluruh dunia dianggarkan lebih 500 juta orang atau kira-kira sembilan peratus daripada jumlah penduduk dunia. Angka ini meliputi semua Melayu yang berada di Malaysia, Indonesia, Filipina, Madagascar, Maldives, Afrika Selatan, Kampuchea dan pelbagai pelosok dunia yang lain.

Tetapi itu cuma angka. Untuk memperbanyakkan angka itu mereka yang berminat untuk mengembalikan kegemilangan Tamadun Melayu seperti Tan Sri Muhammad Haji Muhd.Taib, bekas Menteri Besar Selangor yang kini Pengerusi Simposium Melayu Sedunia, terpaksa mengembara ke hampir segenap ceruk dunia. Mereka terpaksa me`Melayu’kan kembali beratus juta Melayu yang sudah hilang keMelayuannya.

Ini merupakan satu lagi musibah yang berpunca daripada tiadanya perasaan mahu menghargai keturunan sendiri. Berbanding dengan bangsa lain, orang Melayu amat mudah kehilangan identiti. Sementara orang-orang Cina, biar di mana pun mereka berada, akan kekal dengan imej Cinanya, orang Melayu akan segera hilang imej Melayunya selepas dua tiga keturunan berada di tempat orang.
Contoh paling jelas barangkali boleh dilihat di Afrika Selatan, di mana orang-orang Melayu di sana kian dihakis oleh persekitarannya. Mereka, kebanyakannya dari tanah Jawa mula sampai di bumi ‘gelap’ itu pada tahun 1667 sebagai orang buangan dan abdi penjajah Belanda. Bagi suatu tempoh yang agak lama mereka mampu bertahan. Bagaimanapun menjelang abad ke-19, imej Melayu mereka semakin menjadi tipis. Mereka mula beradun dengan pengaruh Arab, India, Sri Lanka, China dan tidak terkecuali Eropah. Bahasa asal mereka mula hilang pada sekitar 1850-an. Perkataan-perkataan Melayu tidak lagi mampu berdiri sendiri sebaliknya diserap, dan kemudian tenggelam dalam bahasa Afrikaans.

Bandingkanlah keadaan mereka dengan orang-orang Malabar yang sudah beberapa keturunan berkampung mencari makan di London atau di Hongkong. Jika contoh itu tidak memadai, lihatlah pula bagaimana keadaan anak-anak Melayu yang bermastautin di London sejak lima atau enam puluh tahun lalu. Belum habis satu keturunan sudah ada antara mereka yang tidak boleh berbahasa Melayu lagi.

Kenapa ini terjadi? Jawapannya mungkin terselindung di sebalik pepatah ‘masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembik’, yang menjadi salah satu warisan ‘gemilang’ yang dibanggakan oleh orang Melayu.

Pepatah itu boleh ditafsirkan dengan dua nilai utama. Pertama, ianya adalah manifestasi terhadap kehalusan hati budi Melayu dan kedua, merupakan cerminan pada perasaan ‘rendah diri’ (inferior) yang dikatakan terdapat dalam jiwa mereka secara semulajadi.

Biar tafsiran mana pun yang dipilih, apa yang jelas ialah pepatah tersebut telah menjadi kunci kepada sikap kebanyakan orang Melayu apabila berhadapan dengan elemen-elemen luar. Ia secara tidak langsung mengajar mereka supaya sentiasa bersifat mengalah dan ‘mengutamakan kera di hutan, walaupun anak di rumah mungkin kelaparan’.

Lihatlah bagaimana cara kebanyakan Melayu berinteraksi dengan orang asing. Kelazimannya, mereka akan bersusah payah menyesuaikan diri dengan orang asing tersebut. Apabila bercakap dengan orang Cina, mereka akan bermati-matian menggunakan bahasa pasar yang penuh telor keCinaannya. Begitu juga apabila bercakap dengan orang India atau orang apa sahaja. Mereka jarang menggunakan bahasa Melayu yang betul. Mereka bersedia melonggarkan segala hukum tata bahasa sendiri. Mereka sanggup mengorbankan nahu yang diwarisi turun-temurun.

Semua ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada penghakisan nilai-nilai Melayu. Tetapi faktor yang lebih besar, dan yang paling besar sebenarnya ialah kerana kita tidak pernah berbangga menjadi Melayu sebagaimana orang Cina berbangga menjadi Cina dan orang Inggeris berbangga dilahirkan sebagai Inggeris. Dan rasa bangga itu tidak akan dapat dibina, apatah lagi dipupuk, jika Melayu terus melupakan asal keturunannya.

‘Melayu sebenarnya bangsa yang besar’ hanya akan menjadi kenangan yang cukup indah, yang akhirnya akan melontarkan Melayu ke dalam kenyataan yang amat pahit.

Ber-Gaza Ke Hulu Ber-Gaza Ke Hilir

im not a fan of hishamuddin rais but his article below is good, is what i want to share with u all...especially to all that still living in the cave or under the tempurung.read on and try to understand without prejudice.article kidnaped from malaysiakini

Kenapa Zionisme muncul dalam fikrah Melayu?
Hishamuddin Rais | Jan 22, 09 6:20pm

Sewaktu saya menulis artikel ini, Kuala Terengganu telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ketika saya menulis, warga Palestin di Gaza masih lagi digodam. Ketika saya menulis, masih ramai lagi warganegara kita ini kurang faham tentang apakah itu Zionisme.

Zionisme ini satu pandangan politik. Zionisme bukan orang Yahudi tetapi pengasas Zionisme memang seorang Yahudi. Hari ini Zionisme bukan lagi milik eksklusif orang Yahudi. Zionisme yang wujud dan sedang menggodam rakyat Palestin ini majoritinya didukung hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.

Agama Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Torah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka dipanggil rabbai. Maklumat ini mungkin semua telah diketahui umum.

Wajib juga diketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionisme. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut Judaisme yang menentang keras fahaman Zionisme. Mereka menolak masuknya fahaman Zionisme ini ke Palestin.

Untuk kumpulan ini, mereka percaya bahawa fahaman atau ideologi Zionisme telah membawa porak-peranda dan kesengsaraan terhadap orang-orang Yahudi di seluruh dunia dan juga kesengsaraan yang tidak terhingga kepada warga Palestin.

Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad, presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel.

Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestin. Mereka juga menentang Zionisme bermatian-matian.

Perkembangan ini menjadi satu bukti bahawa Zionisme bukan ajaran Judaisme. Zionisme adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaisme.

Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisme. Noam Chomsky seorang daripada mereka. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel.

Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 seorang lagi Yahudi yang anti-Zionisme.

Di Israel sendiri, ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman tersebut. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionisme.

Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nuklear Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan diculik dari London untuk dibawa pulang ke Israel.

Kerana membocorkan rashia 'bom nukelar' Israel dan memberi amaran kepada dunia tentang bahayanya Zionisme, Vanunu telah dipenjara selama 20 tahun sejak 1986. Selama 18 tahun Vanunu dikurung bersendirian. Apabila dibebaskan, Vanunu terus ditahan lagi. Hingga ke hari ini Vanunu tidak boleh keluar meninggalkan Israel.

Pada ketika saya menulis ini, berpuluh-puluh anak muda Israel yang sedang dipenjara kerana tidak mahu mengangkat senjata membunuh warga Arab Palestin. Juga terdapat beratus-ratus anak muda dan warga Israel telah lari meninggalkan negara itu kerana menentang perang dan keganasan daulah Israel.

Semua ini bukti bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.

Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga Malaysia menganggap konflik Palestin-Israel sebagai konflik agama, terutama di kalangan Melayu. Pandangan ini salah. Konflik di Palestin bukan konflik agama. Konflik ini konflik hak milik bumi tanah Palestin. Ia lahir kerana bumi Palestin telah dirampas oleh penganut fahaman Zionisme untuk mendirikan apa yang kini dipanggil Israel.

Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – umumnya konflik Arab-Israel – bukan konflik antara penganut Islam dengan penganut Yahudi.

Wajib diketahui ada hampir 10 peratus warga Palestin beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada 1980-an sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestin-Israel ialah seorang Kristian. Edward Said intelektual bertaraf dunia itu seorang Kristian.

George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestin adalah Kristian yang berasal-usul dari susur galur pengikut Isa kerana nabi itu dilahirkan di Nazareth, Palestin.

Betul, agama dilihat memainkan peranan penting tetapi yang diperjuangkan ialah menuntut kembali bumi Palestin yang telah dirompak dan dirampas oleh penganut Zionisme. Tanah air Palestin yang telah dirampas ini melahirkan nasionalisme Palestin.
Semangat nasionalisme inilah yang membolehkan rakyat Palestin terus berjuang bermati-matian menentang bala tentera yang terbesar di Timur Tengah.

Kita wajib memahami dengan lebih mendalam tentang apa itu Zionisme. Fahaman ini percaya kepada satu bangsa – Yahudi. Hanya bangsa Yahudi sahaja yang terpilih. Yahudi sahaja yang ada hak keistemewaan di Israel.

Bangsa-bangsa lain diangggap bangsa kelas kedua. Agama orang lain salah. Kitab suci agama mereka sahaja yang betul. Kitab suci agama lain dianggap menyeleweng. Hanya agama mereka sahaja yang dipilih oleh Yang Maha Esa. Justeru, di sini jelas bahawa Zionisme ialah satu fahaman rasis.

Apa yang kita lihat di Gaza dan Tebing Barat hari ini adalah manifestasi daripada fahaman ini. Keganasan yang wujud di Palestin adalah hasil daripada falsafah rasis Zionisme. Merompak tanah-tanah warga Palestin, menghalau mereka keluar dari tanah air mereka juga manifestasi dari fahaman rasis ini.

Kita dikatakan hanya dapat memberikan bantuan ubatan-ubatan, wang ringgit, makanan atau menerima warga Palestin datang ke negara kita untuk belajar atau menetap. Semua ini betul. Semua ini amat-amat dihargai. Semua ini adalah kerja baik yang wajib diteruskan.

Tetapi saya menolak pandangan yang mengatakan bahawa kita tidak dapat membuat apa-apa lagi untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Pasti ada lebih daripada ini yang dapat kita sama-sama lakukan.

Pada hari ini bukan susah untuk kita memahami bahawa pendukung unggul fahaman Zionisme dan Israel ialah Amerika Syarikat. Ini bukan kerana adanya Yahudi di New York atau California. Zionisme wujud kukuh di Amerika kerana kepentingan ekonomi Amerika pada ketika ini berjalan selari dengan kepentingan Zionisme dan Israel.

Bukan sahaja Zionis Israel mendapat sokongan kuat dari Amerika, malah Kesatuan Eropah – Perancis, Jerman, Itali – semuanya menyokong Israel. Ini bukan kerana mereka cintakan Yahudi atau benci kepada Palestin – TIDAK. Mereka menyokong Israel kerana kepentingan ekonomi mereka.

Ekonomilah yang menjadi asas kepada fahaman Zionisme ini. Pemodal–pemodal global melihat bahawa Zionisme dapat membantu mereka meneruskan dan mengembangkan modal mereka. Kaum pemodal antarabangsa melihat fahaman Zionisme ini sedang memberikan keuntungan melimpah ruah.

Industri persenjataan dunia bergantung kepada perang. Dengan wujudnya perang atau konflik yang berkemungkinan membawa perang adalah cuaca dan suasana yang amat baik untuk pembuat dan peniaga senjata antarabangsa.

Israel yang sedang memporakperandakan Timur Tengah adalah pemangkin perang.

Lihat bagaimana Amerika menjual dan membekal senjata kepada Isreal - ia menakut-nakutkan negara-negara Arab. Suasana takut ini memberi peluang kepada Amerika untuk menjual senjata kepada Mesir, Jordan dan Arab Saudi.

Negara-negara ini tidak ada bezanya dengan Zionis Israel. Mereka tidak berani secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel – takut kepada rakyat mereka sendiri. Tetapi perangai dan tingkah laku terhadap warga mereka tidak jauh berbeza daripada apa yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestin.

Apabila kita telah memahami semua ini, saya rasa kita akan dapat melakuan lebih daripada apa yang sedang kita lakukan hari ini. Ada satu perkara yang dapat kita lakukan bersama yang pasti akan memberikan tamparan maut kepada Zionisme. Pekara ini ialah menentang sifat dan fahaman Zionisme di mana sahaja ia muncul dan bertapak.

Zionisme pada ketika ini bukan lagi bergerak di Israel atau di Palestin sahaja. Zionisme telah menjadi fahaman yang meluas dan telah melintasi sempadan Israel. Jika sesiapa memiliki ciri-ciri fahaman rasis yang telah dinyatakan tadi bermakna mereka juga pendukung Zionisme. Zionisme ialah kezaliman.

Di sini ingin saya nyatakan bahawa kita tidak perlu ke Palestin untuk menentang kezaliman. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentang kezaliman dan kejahatan di mana sahaja ia berada, termasuk dalam negara kita sendiri. Zionisme tidak memiliki sempadan.

Tetapi, saya agak kecewa apabila melihat orang Melayu berlumba-lumba bangun menentang Isreal yang zalim. Mereka bertempik marah apabila rumah diruntuhkan di Hebron. Tetapi mereka tidak bersuara apabila rumah diruntuhkan di Kampong Berembang atau di Plentong atau di Chubadak.

Orang Melayu marah apabila masjid diroboh di Jenin tetapi orang Melayu tidak marah apabila melihat gereja Orang Asli diruntuhkan di Gua Musang.

Orang Melayu keluar berdemonstrasi kerana tanah rakyat Palestin dirampas tetapi mereka tidak pula bersuara apabila tanah-tanah Orang Penan dirampas. Mereka tidak pula bersuara apabila tanah adat di Sarawak satu demi satu dirampas oleh pemodal antarabangsa.

Hairan. Di mana silapnya fikrah Melayu ini? Kenapa bangsa Melayu memiliki nilai yang setengah jalan? Di mana akal fikrah mereka terputus?

Kalau di Palestin mereka yakin rakyat di sana sedang dizalami, kenapa apabila orang Penan dizalimi hati mereka tidak tergerak untuk membantu?

Apakah mereka tidak memahami bahawa kezaliman dan kejahatan itu tidak berbangsa dan tidak beragama? Kebaikan dan keadilan juga tidak berbangsa dan beragama.

Orang Melayu tidak dapat menerima Ketuanan Yahudi tetapi bagaimana orang Melayu yang sama dapat pula menerima Ketuanan Melayu? Di mana songsangnya fikrah Melayu ini? Apakah mereka telah terputus nilai kemanusiaannya?

Justeru sesudah membaca tulisan ini, marilah kita bersama-sama meneliti dan menilai kembali nilai Melayu kita. Apakah kita benar-benar faham tentang kezaliman dan keadilan.

Atau kita hanya menjadi pak turut – ber-Gaza ke hulu ber-Gaza ke hilir. Orang bercakap hal Gaza, maka kita pun bercakap hal Gaza tanpa kita melihat ke dalam hati nurani kita sendiri

Tuesday, February 3, 2009

Wednesday, January 28, 2009

Kepada Awek Bertudung

Najwa,If U Read This,U're Totally Not Included.This Is About Several Awek Bertudung Out there Yang Saya Counter.So Chill.

Separuh Awek2 Bertudung Yang Gua Jumpa Kat Luar Sana,Perangai Macam Setan,Bawak Kereta Macam Setan,Gua Dah Banyak Kali Jumpa..Bukan Sekali Dua,Nak Tunjuk Hebat Tak Kena Tempat,Nak Berlagak Tak Kira Masa,Rupa Je Sopan,Perangai Macam Iblis.
Nak Tunjuk yang korang tu educated sangat pun agak2 la...ramai lagi orang educated kat luar sana,takde plak yang berlagak,ok je aku tengok...penting sangat ke korang?
hebat mana?
yang menjadikan aku tak puas hati kat sini ialah,tadi...ada sorang awek pakai tudung,nak beli baju swimming muslimah,order dengan aku..siap aku dah bagi nombo phone suruh call untuk remind aku,datang2 kedai muka macam asam keping,terus tembak aku,siap cakap aku punya janji jenis janji melayu...siap suruh aku mintak maaf...LANCAU!
aku sound dia balik,"takkan i nak ingat kat u sorang je,banyak lagi customer keluar masuk,kenapa tak call dulu?jangan la datang2 terus nak marah,tak boleh ke cakap elok?"terus senyap...terkedu kot,aku pedulik hape pun..pastu takde cakap banyak aku terus chow,konon2 pegi tandas...nak sejukkan hati yang tengah terbakar..pukitiang dia,dah la tak kenal aku,buat order pun main2,muka dah la tak lawa,ada hati nak sound2 aku...balik dari tandas aku tengok dia ada lagi,kali ni tanya aku elok2..aku terus cakap baju swimming tu takkan ada dan takkan masuk lagi stok dia,kalau nak ambik yang u reserved tu u ambik,kalau taknak i display balik...last2 dia ambik...bayar dan chow...settle..